Jawapan paling banyak diminta
Tambahan Terbaru
Travian Answers
Mulakan dengan soalan anda
Cari dengan menjawab soalan
Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Senarai pingat-pingat
Apa itu pingat?
Bermula dengan T3.1, Travian telah memperkenalkan pingat-pingat yang akan dianugerahkan kepada pemain atau persekutuan. Ia diberikan kepada mereka yang berada pada kedudukan 10 terbaik bermula pada Isnin dan berakhir pada hari Ahad.
Kedudukan Top10 bermula setiap minggu pada Isnin 0:00 am
Bagaimana mendapatkan pingat?
Buat masa ini, terdapat 4 kategori pingat dan beberapa pingat khas:
* Pingat pemanjat mingguan
* Pingat penyerang terbaik
* Pingat pembela terbaik
* Pingat perompak terbaik
* Pingat khas
* Pingat edisi terhad
* Pingat-pingat untuk persekutuan
Pemanjat mingguan
Pingat ini diberikan kepada pemain yang memanjat kedudukan pemain paling tinggi. Kebiasaanya, pingat ini diterima oleh pemain yang baru mendaftar kerana lebih mudah untuk menaikkan kedudukan dari 5000 ke 4000 (naik 1000) berbanding dari 1000 ke 100. Tetapi, setelah pendaftaran ditutup, perebutan pingat ini akan lebih terbuka dan penjajahan pemain akan menjadi faktor utama untuk mendapatkan pingat ini.
Penyerang terbaik
Pingat ini diberikan kepada pemain yang mendapat paling banyak mata penyerang pada minggu tersebut. Mata penyerang dikira berdasarkan jumlah penggunaan tanaman askar yang dibunuh dan bukannya jumlah askar. Contohnya membunuh 1 tarbil akan memberi 6 mata penyerang dan askar pedang memberi 1 mata penyerang. Mata penyerang dikira tanpa mengira sama ada anda membunuh askar ketika menyerang, menyerbu, membunuh askar alam (oasis) mahupun membunuh askar sendiri.
Pembela terbaik
Pingat ini diberikan kepada pemain yang mendapat paling banyak mata pembela pada minggu tersebut. Mata pembela dikira berdasarkan jumlah penggunaan tanaman askar yang dibunuh dan bukannya jumlah askar. Contohnya membunuh 1 tarbil akan memberi 6 mata penyerang dan askar pedang memberi 1 mata penyerang. Mata pembela dikira tanpa mengira sama ada anda membela kampung mahupun oasis. Askar penyerang yang mati disebabkan residen/istana atau tembok juga diambil kira.
Perompak terbaik
Pingat ini diberikan kepada pemain yang mendapat paling banyak mata rompakan pada minggu tersebut. Mata rompakan dikira berdasarkan jumlah sumber bersih yang berjaya dirompak. Ini bermaksud, jika pemain berjaya merompak 100k sumber dan dia kemudiannya dirompak 100k sumber pada minggu yang sama, mata rompakannya adalah 0. Ini bermakna bagi mereka yang sering dirompak dan gagal merompak kembali, mata rompakan mereka adalah negatif.
Pingat khas
Pingat ini diberikan kepada pemain yang berjaya mendapat pingat penyerang dan pembela pada minggu yang sama.
Pingat edisi khas
Pingat ini diberikan kepada mereka yang menghadiri Perjumpaan travian di Hammelburg, Germany pada tahun 2009. Album gambar perjumpaan tersebut boleh ditemui di sini.
Pingat untuk persekutuan
Cara mendapatkan pingat untuk persekutuan adalah sama dengan pemain. Untuk persekutuan, hanya pingat bagi kedudukan 1-10 diberikan. Tiada pingat khas atau pingat kerana mendapatkan kedudukan berturut turut. Rekaan pingat untuk persekutuan juga diberi sedikit perubahan berbanding pingat pemain.
Bagaimana memasukkan pingat ke persekutuan
Untuk melihat pingat yang diterima anda, klik pada "Profail" di sebelah kanan halaman dan pilih "profail". Di bahagian bawahnya ada disenaraikan kod pingat yang diterima anda.
Cara meletakkan pingat sama seperti "Tugasan 13: Merpati Keamanan" yang dibuat anda pada awal permainan. Anda hanya perlu salin kod tersebut dan masukkan ke dalam keterangan profail anda seperti ditunjukkan di bawah:
Sekiranya anda mengarahkan pingat ke atas pingat dalam profil pemain, ia akan menunjukkan kepada anda perincian mengenai pingat: