Jawapan paling banyak diminta
Tambahan Terbaru
Travian Answers
Mulakan dengan soalan anda
Cari dengan menjawab soalan
Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Bagaimana hendak mencipta forum persekutuan?
Forum Persekutuan
Forum persekutuan mengandungi forum umum, konfederasi, persekutuan dan forum tertutup. Di bawah ini terdapat sedikit tutorial bagaimana hendak mencipta forum yang dinyatakan.
Permulaan
Anda boleh mula mencipta forum dengan klik pada butang yang terdapat dalam fungsi "forum" pada menu persekutuan anda. Setelah butang ini diklik, anda akan dibawa ke menu untuk mencipta forum seperti yang ditunjukkan di bawah:
- Forum umum
Forum umum boleh dibaca oleh semua pemain dalam pelayan tersebut. Forum ini boleh digunakan untuk melihat permohonan memasuki persekutuan atau sebagai cara persekutuan anda berkomunikasi dengan pemain-pemain lain.
- Forum konfederasi
Forum ini digunakan untuk komunikasi antara pemain yang berkonfederasi dengan persekutuan anda. Untuk membolehkan komunikasi antara anda dan konfederasi anda, masukkan ID atau tag persekutuan tersebut. ID persekutuan anda tidak perlu dimasukkan kerana persekutuan anda adalah pemilik forum ini. Ikon "+" membolehkan anda menambah persekutuan yang boleh menyertai forum ini.
- Forum persekutuan
Ini adalah forum yang khas untuk ahli persekutuan anda. Anda hanya perlu isikan nama forum dan penerangan forum untuk mencipta forum jenis ini. Forum ini hanya boleh dibaca dan dikomen oleh ahli persekutuan anda.
- Forum tertutup
Forum ini membolehkan anda membuat forum yang khas untuk pemain-pemain tertentu. Forum ini hanya boleh dilihat dan dikomen oleh pemain yang anda jemput. Anda hanya perlu masukkan ID atau nama pemain untuk memberi kebenaran kepada mereka menyertai forum ini.
Keputusannya
Dibawah ini adalah contoh bagaimana rupa forum anda setelah anda mengikut langkah-langkah yang diterangkan di atas. Mereh menunjukkan forum umum, biru menunjukkan forum konfederasi, hijau menunjukkan forum persekutuan dan akhir sekali kuning menunjukkan forum tertutup. .
Jika anda klik butang , imej pada sebelah kiri forum akan bertukar menjadi menu kecil yang boleh digunakan untuk menyunting forum anda.
BBCode
Forum hanya menerima sebilangan BBCode dan ia disenaraikan di bawah:
- [b]Bold[/b]
- [u]Underlined[/u]
- [i]Italic[/i]
- [color=red]Red text[/color]
- [quote]Quote block[/quote] OR [quote=Player name]Quote block with 'written by' box[/quote]
- [list] [*]list item [*]list item [/list]
- [village=(x-coord|y-coord)] or [village=x-coord|y-coord] or [village=mapid] akan menunjukkan pautan ke kampung tertentu. Adakalanya terdapat sedikit masalah pada kod ini.
- [player=uid] akan menunjukkan pautan ke profail pemain tertentu.Adakalanya terdapat sedikit masalah pada kod ini.
- [alliance=aid] menunjukkan pautan ke profail persekutuan tertentu. Adakalanya terdapat sedikit masalah pada kod ini
- [Legionnaire] Ikon askar Legion. Ia boleh dibuat dengan mana-mana jenis askar. Pastikan anda menggunakan ejaan yang betul (termasuk huruf besar dan kecil).
Kod ini adalah merujuk kepada forum .com. Untuk forum .com.my (Malaysia), anda perlu rujuk tags yang digunakan. Contohnya [village=] ditukar kepada [dorf=].
Tag [color=] tag merujuk kepada warna berikut:
'aqua', 'black', 'blue', 'fuchsia', 'gray', 'green', 'lime', 'maroon', 'navy', 'olive', 'purple', 'red', 'silver', 'teal', 'white', 'yellow' atau warna yang ditunjukkan dalam penulisan hexadecimal (contohnya *00F atau *0000FF = biru).
Seperti menulis Mesej, komen pada forum juga ditunjukkan dengan butang-butang BBcode yang boleh memudahkan anda.
Masalah?
Cuma padamkan pautan yang anda letak pada pilihan persekutuan "pautan ke forum" dan masalah ini akan selesai.