Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Bangunan Ketenteraan merujuk kepada semua bangunan dalam Travian yang melibatkan askar askar. Terdapat banyak bangunan ketenteraan dalam permainan Travian dan ianya boleh dikategorikan seperti berikut:
Latihan - - Berek , Kandang kuda and the Bengkel Jentera Untuk mendapatkan askar, anda perlu melatih mereka. Terdapat 2 jenis askar untuk setiap Puak iaitu Askar Infantri dan Askar Berkuda. Jadi, anda memerlukan bangunan ketenteraan berbeza untuk melatih mereka.
Latihan tambahan - - Berek besar dan Kandang kuda besar Apabila sumber bukan lagi penghalang kepada anda untuk melatih lebih ramai askar, tempoh masa latihan menjadi terlalu lama berikutan ramai askar dalam latihan. Apabila ini berlaku, anda perlu memikirkan pembinaan Berek Besar atau Kandang Kuda Besar untuk menjimatkan masa latihan. Bangunan ini hanya membenarkan anda melatih 2 tentera pada masa yang sama tetapi kos melatih askar adalah 3 kali ganda dari Berek atau Kandang Kuda biasa. Mungkin anda merasakan ianya amat mahal untuk kos satu unit tentera, tetapi dengan cara ini anda boleh melatih tentera 2 kali lebih cepat dimana ianya amat menguntungkan kepada pemain yang bermain corak serangan.
Pertahanan - - Pemerangkap , Tembok bandar , Tembok tanah dan Pagar kubu Sehebat mana pun pemain yang menggunakan corak serangan, anda memerlukan pertahanan yang ampuh dari serangan balas musuh yang pernah menjadi mangsa anda. Setiap Puak mempunyai jenis Tembok / Kubu mereka tersendiri yang memberi bonus pertahanan yang berbeza. Contoh, Tembok Bandar memberikan bonus pertahanan kepada Puak Rom sehingga 80% jika dinaikkan ke tahap 20.
Rom: Tembok bandar, bonus pertahanan yang tinggi tetapi mudah dimusnahkan
Teuton: Tembok tanah, bonus pertahanan yang rendah dan sukar dimusnahkan
Gaul: Pagar kubu, bonus pertahanan dan kekuatan sederhana.
Sebagai tambahan kepada Pagar Kubu, Puak Gaul memiliki Pemerangkap. Bangunan ini boleh mengandungi sehingga 400 perangkap pada tahap 20. Askar penyerang yang cuba menyerang kampung pemain Gaul akan masuk ke dalam perangkap dan terpenjara disana.
Peningkatan dan Penyelidikan - - Akademi , Bengkel Fabrikasi Untuk melatih askar yang baru, anda perlu menyelidik askar tersebut di Akademi. Bengkel Fabrikasi boleh meningkatkan tahap senjata dan perisai askar dan seterusnya memberikan mereka kelebihan dalam peperangan.
Khas - - Rumah agam wira dan Titik perhimpunan Titik Perhimpunan merupakan pra-syarat hampir bagi semua bangunan ketenteraan. Ia hanya boleh dibina di satu tempat sahaja, iaitu kawasan berbentuk C di tengah - tengah Pusat Kampung bersebelahan dengan Bangunan Utama anda. Di rumah Agam Wira, anda boleh melatih Wira. Wira merupakan unit terkuat dikalangan askar anda dan memberikan kelebihan dalam pertempuran.