Jawapan paling banyak diminta
Tambahan Terbaru
Travian Answers
Mulakan dengan soalan anda
Cari dengan menjawab soalan
Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
.Umum
Pra-syarat: tiada
Wira anda telah wujud sebaik sahaja anda membuka akaun.
Wira boleh dihantar sebagai askar bantuan ke kampung lain seperti askar - askar anda yang lain. Jika kampung yang dihantar adalah milik anda dan juga mempunyai rumah agam wira, anda boleh menggunakan wira untuk menyerang dari kampung tersebut sama seperti askar lain.
Wira memiliki kelebihan tertentu bergantung pada puak wira seperti yang dijelaskan di bawah:
Puak Rom:
Kekuatan berperang wira meningkat sebanyak 100 dan bukannya 80
bagi setiap mata yang ditambah.
Puak Gaul:
+5 Halaju tambahan jika menaiki kuda.
Puak Teuton:
Boleh merompak sehingga 20% kapasiti gua bagi setiap unit yang
menyerang bersama wira.
Puak Hun (versi Api dan Pasir):
Wira bangsawan mempunyai bonus + 3 bidang / jam kelajuan semasa melakukan perjalanan dengan hanya unit kavaleri.
Puak Mesir (versi Api dan Pasir):
Bonus pengeluaran sumber wira lebih tinggi.
Wira memiliki 4 mata kemahiran. Setiap kali wira naik ke tahap baru, 4 mata akan diberikan untuk diagihkan ke mana-mana kemahiran yang seperti di bawah:
* Kekuatan berperang:
Mata yang dimasukkan di sini meningkatkan kebolehan menyerang dan bertahan wira. Sila ingat wira anda dikategorikan sebagai askar berkuda jika anda memberi kuda pada wira anda.
* Bonus serangan:
Mata yang dimasukkan untuk kemahiran ini meningkatkan kekuatan menyerang semua askar yang menyerang bersama wira sebanyak 0.2% setiap mata (maksimum 20%).
* Bonus pertahanan:
Mata yang dimasukkan untuk kemahiran ini meningkatkan kekuatan pertahanan semua askar sendiri yang bertahan bersama wira sebanyak 0.2% setiap mata (maksimum 20%).
* Sumber:
Mata yang dimasukkan untuk kemahiran ini meningkatkan produksi sumber kampung wira anda berada. Anda boleh agihkan sumber tersebut sama rata atau menumpukan peningkatan satu sumber sahaja. Ia boleh diubah pada bila-bila masa (lihat pilihan "Tukar produksi sumber oleh wira").
Selepas menaikkan rumah agam wira ke tahap 10, anda boleh menjajah oasis di sekitar kampung anda. Pada tahap 10 satu oasis boleh dijajah, pada tahap 15 anda boleh menjajah 2 oasis dan pada rumah agam wira di tahap 20 anda boleh menjajah 3 oasis. Oasis yang mahu dijajah mestilah terletak dalam lingkungan 7x7 petak dari kampung anda yang mempunyai rumah agam wira.
Contoh dibawah menunjukkan kampung "anda" (ditanda hitam) dan secara teorinya anda boleh menjajah oasis yang ditanda merah. Petunjuk: anda hanya boleh menjajah 3 oasis bagi setiap kampung anda.
Menjajah oasis pemilik lain adalah dibenarkan dengan syarat anda masih mempunyai slot penjajahan di Rumah Agam Wira anda. Oasis pemain lain boleh dijajah dengan menggunakan Serangan Normal sama seperti menyerang kampung pemain lain. Anda perlu menghantar Wira anda bersama - sama serangan ketika menyerang oasis itu. Jika kampung yang menyerang oasis tersebut belum memiliki mana - mana oasis ketika serangan dilancarkan, serangan pertama yang berjaya akan menurunkan kesetiaan oasis tersebut dari 100% kepada 0% kesetiaan serta - merta dan menjadikan oasis tersebut milik anda sepenuhnya. Jika anda telah memiliki 1 oasis, serangan anda hanya akan menurunkan kesetiaan sebanyak 60% setiap serangan dan jika anda telah mempunyai 2 oasis, serangan berikutnya hanya akan menurunkan kesetiaan sebanyak 40% sahaja bagi setiap serangan yang berjaya.
Jika wira pemain mati, pemain boleh menghidupkan semula wira tersebut di dalam tetapan wira (di bahagian Kesihatan wira).
Tahap Wira
Pengalaman | |||||||||||||
Tahap | Bunuh | Tahap | Bunuh | Tahap | Bunuh | Tahap | Bunuh | Tahap | Bunuh | ||||
0. | 0 | 20. | 10500 | 40. | 41000 |
60. | 91500 |
80. | 162000 | ||||
1. | 50 | 21. | 11550 | 41. | 43050 | 61. | 94550 |
81. | 166050 | ||||
2. | 150 | 22. | 12650 | 42. | 45150 | 62. | 97650 |
82. | 170150 | ||||
3. | 300 | 23. | 13800 | 43. | 47300 | 63. | 100800 |
83. | 174300 | ||||
4. | 500 | 24. | 15000 | 44. | 49500 | 64. | 104000 |
84. | 178500 | ||||
5. | 750 | 25. | 16250 | 45. | 51750 | 65. | 107250 |
85. | 182750 | ||||
6. | 1050 | 26. | 17550 | 46. | 54050 | 66. | 110550 |
86. | 187050 | ||||
7. | 1400 | 27. | 18900 | 47. | 56400 | 67. | 113900 |
87. | 191400 | ||||
8. | 1800 | 28. | 20300 | 48. | 58800 | 68. | 117300 |
88. | 195800 | ||||
9. | 2250 | 29. | 21750 | 49. | 61250 | 69. | 120750 |
89. | 200250 | ||||
10. | 2750 | 30. | 23250 | 50. | 63750 | 70. | 124250 |
90. | 204750 | ||||
11. | 3300 | 31. | 24800 | 51. | 66300 | 71. | 127800 |
91. | 209300 | ||||
12. | 3900 | 32. | 26400 | 52. | 68900 | 72. | 131400 |
92. | 213900 | ||||
13. | 4550 | 33. | 28050 | 53. | 71550 | 73. | 135050 |
93. | 218550 | ||||
14. | 5250 | 34. | 29750 | 54. | 74250 | 74. | 138750 |
94. | 223250 | ||||
15. | 6000 | 35. | 31500 | 55. | 77000 | 75. | 142500 |
95. | 228000 | ||||
16. | 6800 | 36. | 33300 | 56. | 79800 | 76. | 146300 |
96. | 232800 | ||||
17. | 7650 | 37. | 35150 | 57. | 82650 | 77. | 150150 |
97. | 237650 | ||||
18. | 8550 | 38. | 37050 | 58. | 85500 | 78. | 154050 |
98. | 242550 | ||||
19. | 9500 | 39. | 39000 | 59. | 88500 | 79. | 158000 |
99. | 247500 |
Soalan Lazim
Berapa Kuantiti sumber yang boleh dibawa oleh Wira?
- Wira tidak boleh membawa apa - apa sumber.
Adakah Wira kelihatan dalam laporan serangan?
- Ya, Wira akan ditunjukkan dalam laporan serangan jika anda menggunakan Wira untuk menyerang..
Bolehkah saya melihat kemahiran Wira dalam laporan serangan?
- Tidak, ianya tidak boleh.
Apakah maksimum tahap mata kemahiran Wira?
- Maksimum tahap 100 bagi setiap mata kemahiran.
Bolehkah lebih dari satu Wira mempertahankan satu kampung?
- Ya, tetapi bonus pertahanan Wira hanya berkesan ke atas tentera yang dimiliki oleh Wira terbabit sahaja.
Bilakah Wira akan kehilangan Mata Kesihatan?
- Hampir setiap kali anda menyerang sesiapa dengan menggunakan Wira, struktur pertahanan asas pemain lain (Istana + Kubu) sudah cukup mencederakan Wira anda dan mengakibatkan Mata Kesihatan berkurangan.
Bolehkah hanya Wira sahaja dijadikan askar pertahanan atau penyerang dalam pertempuran?
- Ya, tetapi tidak digalakkan kerana Wira anda akan mati jika terkena serangan terus dari pihak musuh dengan kekuatan mata serangan melebihi 90 atau kehilangan lebih dari 90 mata nyawa dalam pertempuran.
Bagaimanakah mata pengalaman Wira dikira?
- Mata pengalaman wira dikira berdasarkan jumlah senggaraan makanan askar musuh yang terbunuh dalam pertempuran yang melibatkan wira anda. Lihat jadual diatas untuk melihat mata pengalaman yang diperlukan bagi setiap tahap Wira.
Adakah Wira mendapat mata pengalaman walaupun terkorban dalam pertempuran?
- Ya, Wira anda akan mendapat mata pengalaman walaupun terkorban dalam pertempuran tersebut (selagi terdapat askar musuh yang mati dalam serangan tersebut)
Bagaimanakah mata pengalaman Wira dibahagikan jika terdapat beberapa Wira mempertahankan sesebuah kampung?
- Ia akan dibahagi sama rata dengan setiap Wira yang ada.
Contoh: Jika terdapat 3 Wira, setiap Wira akan mendapat 1/3 mata pengalaman.
Adakah Wira mendapat faedah dengan meningkatkan tahap di Bengkel Fabrikasi?
- Tidak, peningkatan tahap tersebut tidak memberi kesan kepada Wira anda
Bila saya boleh menjajah oasis?
- Anda memerlukan Rumah Agam Wira pada tahap 10, 15 dan 20 untuk setiap oasis yang anda mahu jajah. Oasis tersebut mestilah terletak dalam lingkungan 7x7 petak dalam peta anda dan anda memerlukan Wira ketika menjajah.
Berapakah Wira yang boleh dimiliki oleh setiap pemain pada satu - satu masa?
- Setiap pemain hanya boleh mempunyai satu Wira yang aktif pada satu - satu masa. Jika Wira anda mati, pemain mempunyai pilihan untuk menghidupkan kembali Wira tersebut.
Bolehkan saya memindahkan Wira ke kampung saya yang lain dan menggunakan Wira ketika melancarkan serangan dari sana?
- Ya, dengan syarat kampung yang terbabit mempunyai Rumah Agam Wira ketika anda menghantar Wira sebagai bantuan ke sana.
Apa yang berlaku kepada keupayaan dan mata pengalaman bila saya menghidupkan semula Wira saya?
- Selain dari Wira anda dihidupkan dengan mata nyawa 100%, ia akan kelihatan sama sahaja sebelum Wira anda terbunuh dan tidak akan kehilangan keupayaan atau mata pengalaman.
Apakah tahak kenaikan mata Kesihatan wira?
- Kesihatan wira meningkat sebanyak 10% sehari
Adakah saya akan menerima barang jika wira mati ketika pengembaraan?
- Tidak.
Dimana Tetapan Wira?
- Di sebelah kiri halaman kampung anda, terdapat wajah wira anda. Klik wajah wira anda untuk masuk ke Tetapan Wira.
Apakah jenis unit untuk wira saya? Infantri atau askar berkuda?
- Wira dianggap sebagai askar berkuda jika anda letakkan kuda bersama wira dan dianggap sebagai askar infantri jika tiada kuda diberikan kepada wira anda.
Adakah barangan wira akan hilang jika wira mati?
- Tidak.
Bolehkan wira diberi nama?
- Tidak.
Bagaimana mahu menghidupkan semula wira?
- Pilihan menghidupkan semula wira boleh ditemui di Tetapan Wira di bahagian Kesihatan.
Adakah kekuatan berperang wira sah untuk pertahanan dan serangan?
- Ya.
Apakah maksud "Klik di sini jika anda tidak mahu wira mempertahankan kampung yang didudukinya" pada tetapan wira?
- Ia bermaksud wira anda tidak akan mempertahankan kampung yang didudukinya jika kampung tersebut diserang. Tetapi, jika wira tersebut dihantar sebagai bantuan ke kampung pemain lain atau kampung sendiri yang tiada rumah agam wira, ia akan mempertahankan kampung tersebut.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk menghidupkan semula wira?
- (Tahap wira +1) jam. Maksimum 24 jam.
Wira saya selalu mati, apa yang perlu dibuat?
- Naikkan kekuatan berperang wira.
Bolehkah barangan wira (cth: krim ubat) dicuri dari wira?
- Tidak
Bolehkah pertukaran atau penghantaran barang dibuat tanpa melalui Lelongan?
- Tidak.
Bagaimana hendak mengawal wira dari kampung yang lain (kampung sendiri)?
- Anda perlukan rumah agam wira pada kampung tersebut.