Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Pengembaraan

Pengembaraan adalah serupa dengan sistem pencarian untuk wira anda. Tiada tugas yang perlu anda lakukan dalam pengembaraan ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah menghantar wira anda ke pengembaraan yang terletak di peta. Sebaik sahaja tiba, wira akan meneroka tempat itu di peta dan kembali ke kampung anda secara automatik jika ia selamat.

Ia boleh dimulakan dengan klik pada helaian kecil yang terletak di sebelah muka wira di halaman kampung anda (panel wira). Terdapat 2 helaian iaitu Pengembaraan dan Lelong. Anda juga boleh terus masuk ke peta dan terus klik pengembaraan yang ada di peta.

Pengembaraan muncul secara rawak di sekitar ibukota dan kampung-kampung yang mempunyai rumah agam wira. Ia tidak terikat kepada kampung halaman wira atau lokasi wira anda.

Kerosakan ke atas wira adalah bergantung kepada tahap pengembaraan yang dilalui. Biasanya, pengembaraan dengan tahap sukar juga tidak sampai boleh membunuh wira dengan 100% kesihatan. Semakin sukar pengembaraan, semakin banyak pengalaman yang diterima wira. Meningkatkan mata bagi "kekuatan berperang" boleh membantu wira anda bertahan dengan lebih baik bagi setiap pengembaraan.

Hasil dalam pengembaraan disenaraikan seperti di bawah:

  • Tiada apa-apa (kecuali pengalaman dan kerosakan)
  • Perisai/Senjata (apa-apa tahap atau kualiti)
  • Peralatan
  • Perak
  • Sumber
  • Askar

Bagi 10 pengembaraan terawal, setiap pemain akan mendapat ganjaran yang sama iaitu

  • 1x Tiada apa-apa (kecuali pengalaman dan kerosakan)
  • 1x Kuda
  • 2x Sumber
  • 2x Perak
  • 1x Askar (3 unit asas puak pemain)
  • 1x sejumlah sangkar
  • 1x buku kebijaksanaan
  • 1x sejumlah krim ubat

Nota: Turutan ganjaran adalah berbeza bagi setiap pemain.

Kadar Kemunculan Pengembaraan

Pengembaraan tidak sentiasa ada. Anda akan menerima 3 pengembaraan sebaik sahaja mengaktifkan akaun dan kemudian ia akan muncul seperti berikut:

Pelayan 1x biasa

  • hari 0 - 2: 3 pengembaraan sehari
  • hari 3 - 16: 2 pengembaraan sehari
  • hari 17 - 63: 1.5 pengembaraan sehari
  • hari 64 - pelayan tamat: 1 pengembaraan sehari

Pelayan berkelajuan 3x

  • hari 0: 9 pengembaraan sehari
  • hari 1 - 5.33: 6 pengembaraan sehari
  • hari 5.33 - 21.4: 5 pengembaraan sehari
  • hari 21 - pelayan tamat: 3 pengembaraan sehari

Hari yang dinyatakan adalah merujuk kepada hari akaun diaktifkan dan bukan dari hari pelayan bermula. Oleh itu, dalam tempoh 24 jam, terdapat 6 pengembaraan untuk setiap pemain. Disebabkan masa kemunculan pengembaraan adalah secara rawak pemain mungkin menerima 9 pengembaraan dalam tempoh 30 jam dan kemudian tidak menerima apa-apa pengembaraan dalam tempoh 30 jam seterusnya.

Tarikh Tahap Barang

Pada pelayan biasa:

  • Tahap 1: Sehingga hari 70 pelayan
  • Tahap 2: hari 70 - 140 pelayan
  • Tahap 3: bermula pada hari 140 pelayan

Pada pelayan tahunan khas (cth Path to Pandora):

  • Tahap 1: Sehingga hari 50 pelayan
  • Tahap 2: hari 50 - 110 pelayan
  • Tahap 3: bermula pada hari 110 pelayan

Jumlah hari adalah untuk kelajuan 1x.

Pada dunia kelajuan 2x tahap 2 dan item level 3 muncul dua kali lebah cepat dari server 1x. Pada kelajuan 3x dunia mereka muncul 3 kali lebih cepat dari dunia kelajuan 1x.

Sebarang perubahan untuk dunia khas akan diperincikan di bawah.

Untuk Codex Victoria 2x:

  • Tahap 1: Sehingga hari 25 pelayan
  • Tahap 2: hari 25 - 55 pelayan
  • Tahap 3: bermula pada hari 55 pelayan



Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak