Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Sila masuk ke pusat kampung supaya kita boleh mula membina gudang, jelapang dan sebagainya.
Ini adalah pusat kampung anda. Seperti yang anda lihat, hanya bangunan utama yang disediakan secara automatik apabila anda mula bermain. Anda boleh lihat terdapat banyak bulatan-bulatan hijau dalam kampung anda. Ini merupakan tapak pembinaan bagi gudang jelapang dan lain-lain. Mari kita membina gudang. Klik pada mana-mana tapak pembinaan yang anda mahu (cth: yang dibulatkan merah pada gambar di atas).
Di sini disenaraikan semua bangunan yang boleh anda bina. Apabila anda telah mula membina, jumlah bangunan yang boleh dibina akan bertambah. Mari kita bina gudang dahulu. Jika anda lihat pada senarai tersebut, klik pada "Bina bangunan" di bahagian Gudang (warehouse).
Setelah klik, ia akan kembali ke pusat kampung dan bahagian bawah akan tertera data berkaitan pembinaan tersebut (seperti yang anda buat pada ladang sebelum ini).
(33 minit dan 20 saat kemudian..)
Sekarang, anda telah berjaya membina gudang. Apabila anda mahu meningkatkan tahap gudang, klik pada gudang yang telah dibina ini, anda tidak lagi perlu klik pada bulatan-bulatan hijau seperti sebelum ini. Sekarang, klik pada "Bina bangunan" di bahagian Jelapang untuk mula membina jelapang. Kemudian, naikkan satu lapangan sumber ke tahap 1.
(beberapa minit kemudian..)
Setelah anda menaikkan tahap setiap satu jenis sumber ke tahap 1, produksi anda akan kelihatan seperti di bawah.:
Jika anda perasan, produksi tanaman adalah lebih rendah dari sebelumnya. Ini kerana setiap pembinaan akan menaikkan populasi kampung anda dan setiap populasi pula menggunakan tanaman untuk hidup. Tanaman adalah sumber yang perlu sentiasa dinaikkan tahapnya, terutamanya apabila anda sudah mula melatih askar nanti.
Nota: Ketika permulaan, produksi tanaman perlu diantara 1/2 ke 3/4 dari produksi tanah liat anda. Ini kerana tanaman tidak banyak digunakan ketika pembinaan.