Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Path to Pandora - Mekanisma Permainan

Ciri-ciri asas adalah sama dengan pelayan Travian: Fire and Sand tahun lepas, termasuk:

Ini adalah ciri-ciri istimewa bagi Travian: Path to Pandora yang telah kami simpan dari tahun lepas. Jadi, apa yang baru pada 2018?

Senibina baru bangunan

Seperti yang anda lihat dalam kisah Shu's, lakaran dan dalam video yang kami terbitkan minggu lepas, setiap puak akan memiliki seni spesifik untuk bangunan (sila ambil perhatian bahawa imej-imej ini adalah ruang letak dan visual akhir mungkin sedikit berbeza).

Bangunan Puak Baru

Sistem Penaklukan

Anda hanya boleh bermain satu akaun pada satu pusingan Travian, tetapi masih ingin melihat kecantikan senibina baru. Oleh itu Pasukan Game Design telah memutuskan untuk mengubah mekanisma asas penaklukan dan menjadikannya lebih menarik.
Apabila anda menawan kampung puak lain dalam Travian: Path to Pandora, puak dikampung tersebut tidak akan bertukar, kecuali puak Natar (lihat dibawah). Mari kita lihat bagaimana ianya berfungsi dengan contoh visual.

Penaklukan

Seperti yang anda boleh lihat, jika anda mempunyai akaun Hun dan menawan kampung Gaul, dan jika kampung dibinakan Perangkap, anda akan mendapatinya didalam kampung (bangunan yang tidak akan dikekalkan ialah Tembok Bandar, seperti didalam Travian: Legends). Apa lagi yang berlaku?

  • Anda tidak boleh membina bangunan Hun yang specific dikampung ini, kerana kampung tersebut termasuk dalam puak Gaul.
  • Anda boleh melatih askar puak Gaul, ketua puak dan peneroka.
  • Jika anda menghantar peneroka dari kampung tersebut, kampung yang diasaskan juga akan menjagi kampung Gaul.
  • Jika anda menghantar ketua puak untuk menawan kampung lain, kampung yang ditawan tidak akan berubah puaknya.
  • Jika anda menghantar ketua puak untuk menawan kampung Natar, kampung Natar yang ditawan akan bertukar ke puak Gaul.

Bagaimana dengan wira?

  • Wira anda akan sentiasa termasuk dalam puak akaun anda, dalam kes ini ianya akan kekal sebagai puak Hun.
  • Jika anda menghantar wira ke kampung Gaul yang telah ditawan dan menjadikannya rumah yang baru, bonus wira anda akan memberi kesan kepada askar Gaul jika dihantar untuk batuan, serbuan atau serangan. Selain itu, jika wira memakai peralatan puak Gaul, ianya juga akan memberi kesan kepada askar.
  • Jika kampung utama wira Hun adalah kampung puak Gaul, wira boleh mendapat askar Gaul ketika menjalankan pengembaraan.
  • Oleh kerana wira adalah kepunyaan akaun puak Hun maka ianya akan setiasa menjadi wira puak Hun, dan hanya mendapat senjata Hun ketika pengembaraan.

Bagaimana dengan askar?

  • Askar dari puak yang berbeza dibawah satu akaun TIDAK BOLEH digabungkan.

Sistem Konfederasi

Didalam Travian: Path to Pandora, kami mengubah bagaimana konfederasi berfungsi. Anda hanya boleh melakukan konfederasi dengan empat persekutuan, yang mana ianya harus dihubungkan antara satu sama lain.

Apa maksudnya?

  • Persekutuan A dan Persekutuan B boleh mencipta konfederasi; salah satu darinya akan menghantar permintaan, manakala satu lagi pihak akan menerimanya. Ianya berfungsi sama seperti didalam Travian: Legends.
  • Pada tahap ini, Persekutuan A juga mahu mengadakan konfederasi dengan Persekutuan C; permintaan konfederasi perlu dihantar oleh kedua-dua Persekutuan A dan Persekutuan B, hanya selepas itu Persekutuan C boleh menerimanya.

Apa lagi yang berubah?

  • Dengan sistem baru, anda hanya boleh menghantar sumber dan tentera ke akaun, persekutuan atau konfederasi anda sendiri.
  • Tawaran awam di pasar akan tersedia untuk semua orang melainkan anda menyemak pilihan "sekutu sendiri" sahaja. Dalam kes ini, ia hanya akan tersedia untuk ahli-ahli persekutuan anda sahaja.

Statistik


Dalam Travian: Path to Pandora, kami akan membuang statistik "Plus" dan menggantikannya dengan sistem baru yang memberikan pemain lebih pandangan. Sistem ini adalah percuma dan tersedia kepada semua didalam akaun mereka.

Pada halaman statistik, anda akan menemui satu tab dipanggil "Umum" dengan pelbagai informasi yang kami harap dapat membantu anda menguruskan akaun anda. Makumat ini hanya kelihatan kepada mereka yang mempunyai akses kepada akaun, termasuk penjaga.

Apa yang anda boleh lihat disitu? Banyak perkara – dibawah ini anda boleh melihat sedikit butiran, tetapi tidak akan mendedahkan kesemuanya:

  • Kemajuan dunia - dengan beberapa pandangan tentang dunia permainan termasuk hari pelayan, akaun diaktifkan pada dunia permainan, dan pengedaran suku.
  • Kedudukan sumber – dengan serbuan, perdagangan dan butiran pengeluaran sumber berbanding persekutuan anda dan seluruh dunia permainan.
  • Kedudukan kekuatan kampung – dari segi kedua-dua pertahanan dan serangan berbanding dengan persekutuan sendiri dan kepada seluruh dunia permainan.
  • Kedudukan Mata Budaya – per hari dan perbandingan dengan persekutuan sendiri dan kepada seluruh dunia permainan.

Mengimbangi perubahan

 Hasil Seni

Dalam Travian: Path to Pandora, anda hanya boleh menggunakan hasil seni setiap 24 jam (begitu juga dengan baldi air).

 Standard

Dalam Travian: Path to Pandora, standard telah diubah untuk membolehkannya berfungsi untuk konfederasi.

 Kerja air

Kos pembinaan untuk Kerja Air puak Mesir telah dinaikkan untuk mengimbangi perubahan (sila lihat jadual dibawah)

Bonus Persekutuan

Untuk menjadikan bonus persekutuan lebih berguna dan pemain lebih sanggup untuk menderma, kami telah mengubah bonus Falsafah dan Perdagangan dan mengurangkan kos uuntuk 4 langkah pertama.

  • Bonus mata budaya ditingkatkan dari 2% ke 4% setiap tahap.
  • Kapasiti pedagang ditingkatkan dari 20% ke 30% setiap tahap.

Dan ini adalah perubahan untuk kos per tahap:

  • Sumber diperlukan untuk tahap 1 dikurangkan ke 1,200,000
  • Sumber diperlukan untuk tahap 2 dikurangkan ke 5,600,000
  • Sumber diperlukan untuk tahap 3 dikurangkan ke 17,100,000
  • Sumber diperlukan untuk tahap 4 dikurangkan ke 51,200,000
  • Sumber diperlukan untuk tahap 5 dikekalkan (153,600,000)

Ini adalah rumusan ciri-ciri utama untuk Travian: Path to Pandora. Untuk ringkasan mengenai semua perubahan, sila rujuk halaman Perbandingan Ciri.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak