Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Bangunan - Istana

Palace

Pra-syarat:  Kedutaan tahap 1, Bangunan utama tahap 5, tiada Residen dibina di kampung, tiada Pusat Perintah dibina di kampung (versi Api dan Pasir)

Istana merupakan tempat tinggal raja atau ratu empayar. Hanya satu istana boleh wujud dalam negeri anda pada satu masa. Istana juga membolehkan anda mengisytiharkan kampung biasa sebagai ibukota

Fungsi utama Istana adalah untuk melatih Peneroka dan Pemimpin / Penghulu atau Senator untuk mengasaskan atau menjajah kampung baru pada tahap 10, 15 dan 20.

Istana juga mempunyai fungsi lain yang tidak kurang pentingnya:

  • Di Istana, anda boleh mengisytiharkan kampung anda sebagai ibukota. Ibukota tidak boleh dijajah dan sebagai tambahan, hanya di ibukota anda boleh membina bengkel batu dan tahap sumber boleh dinaikkan melebihi tahap 10.
  • Biarpun tidak boleh dijajah, istana boleh dimusnahkan sepenuhnya tanpa mengira berapa banyak kampung yang anda miliki!

Jadual dibawah menunjukkan kos latihan bagi askar yang terlibat dengan misi perluasan.

Kos latihan untuk tentera Rom
  Lumber Clay Iron Crop Consumption
Senator Senator 30750 27200 45000 37500 5
Settler Peneroka 5800 5300 7200 5500 1
Kos latihan untuk tentera Teuton
  Lumber Clay Iron Crop Consumption
Chief Penghulu 35500 26600 25000 27200 4
Settler Peneroka 7200 5500 5800 6500 1
Kos latihan untuk tentera Gaul
  Lumber Clay Iron Crop Consumption
Chieftain Pemimpin 30750 45400 31000 37500 4
Settler Peneroka 5500 7000 5300 4900 1

Ciri ciri pada tahap tertentu bangunan (cth:kos pembinaan atau mata budaya yang dihasilkan) boleh ditemui di sini.
Bagi jadual tempoh pembinaan, klik di sini.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak