Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Apakah prosedur pemindahan emas?

Apa itu Pemindahan Emas?

Hanya Emas yang anda beli boleh dipindahkan ke akaun lain. Emas yang anda dapatkan dengan cara lain (dari Pertukaran Perak, Tugas atau Ganjaran, dll.) tidak boleh dipindah milik.

Emas hanya boleh dipindahkan ke dunia permainan lain dalam permainan yang sama (Travian) dan versi negara di mana Emas dibeli.

Sebagai contoh, Emas dibeli di domain Anglosphere (ANGLO1 - ts1.anglosphere.travian.com) tidak boleh dipindahkan ke COM International Domain (COM1 ts1.travian.com)

Sekiranya terdapat kes khas (seperti pelayan khas, kejohanan dll), maklumat mengenai pemindahan ke atau keluar dari dunia permainan akan diberikan dalam pengumuman pelayan di forum.

Bagaimanakah saya boleh memindahkan Emas saya?

Untuk memindahkan Emas anda sebelum hujung pelayan anda mesti memadamkan akaun anda terlebih dahulu. Di bahagian memadam akaun pada halaman akaun anda (in-game) ia akan memberitahu anda berapa banyak Emas yang anda boleh pindahkan. Jika anda telah membeli Emas baru-baru ini, mungkin terdapat pertambahan masa sebelum anda boleh memadamkan akaun anda, ini adalah untuk tujuan keselamatan.

Setelah akaun anda dipadamkan, (setelah waktu undur berakhir), e-mel akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Nota: Perkhidmatan Pelanggan tidak dapat mempercepatkan proses ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang baki Emas pada akaun anda apabila pelayan tamat, anda juga akan menerima e-mel. E-mel ini akan mengandungi pautan yang boleh anda gunakan untuk memindahkan Emas anda dengan mengikut arahan pada email tersebut.

Pautan pemindahan yang anda terima adalah sah selama-lamanya sehingga Emas dipindahkan atau jika IGM penerimaan dipadamkan (seperti dinyatakan di atas). Ini bermaksud bahawa anda boleh menunggu pelayan dimulakan semula setelah tamat, buat akaun baru, dan kemudian pindahkan Emas anda ke akaun baru (seolah-olah anda membawa Emas anda dari satu pelayan ke pelayan yang lain). Jika anda tidak mahu menggunakan pautan pemindahan emas dengan serta-merta, anda harus menyimpannya di tempat yang selamat di mana ia tidak boleh dihapuskan secara tidak sengaja.

Nota: Perkhidmatan Pelanggan hanya dapat mencipta semula pautan pemindahan untuk tempoh masa yang terhad jika anda kehilangannya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah semasa cuba memindahkan Emas anda, sila gunakan alat sokongan untuk menghubungi Perkhidmatan Pelanggan yang akan dapat membantu anda.

Nota: Email Pemindahan Emas sering pergi ke peti mel spam / sampah atau folder promosi anda (terutamanya Gmail). Sila periksa folder tersebut sebelum menghubungi Perkhidmatan Pelanggan.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak