Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Umum

Travian menawarkan pilihan untuk anda berinteraksi dengan pemain lain melalui 4 cara:

Serangan

Anda mempunyai pilihan untuk menyerang pemain lain dengan syarat pemain tersebut tidak berada dalam perlindungan pemain baru atau telah dilarang dari permainan.
Untuk menyerang pemain lain, anda memerlukan askar dan sasaran. Sasaran boleh dipilih melalui peta, statistik  atau dengan memasukkan maklumat kampung yang mahu anda serang di titik perhimpunan. Untuk serangan Normal, penyerang dan pembela akan menentang sehingga satu pihak sahaja yang hidup. Dalam mod ini, tarbil boleh menembak, kereta pelantak boleh memusnah, perangkap boleh dihapuskan dan kampung boleh dijajah oleh Senator/Pemimpin/Penghulu. Bagi Serbuan, penyerang masuk, dapatkan sumber dan lari. Pembela mungkin berjaya membunuh sebilangan penyerang dan begitu juga sebaliknya.

Bantuan

Anda mempunyai pilihan untuk membantu pemain lain dengan syarat pemain tersebut tidak berada dalam Perlindungan Pemain Baru atau telah dilarang dari permainan. Untuk membantu pemain lain, anda memerlukan askar dan sasaran. Sasaran boleh dipilih melalui peta, statistik atau dengan memasukkan maklumat kampung yang mahu anda bantu di Titik Perhimpunan. Askar yang dihantar sebagai bantuan akan tinggal disitu dengan senggaraan makanan ditolak dari kampung yang anda bantu sehinggalah diserang hingga mati, anda mengundurkan semula askar anda atau pemain kampung yang dibantu menghantar semula askar anda.

Perdagangan

Di Pasar (Prasyarat: Bangunan Utama tahap 3 [dalam versi T3, anda juga memerlukan Jelapang tahap 1, Gudang tahap 1]) memberikan pilihan kepada anda untuk menghantar sumber kepada pemain atau kampung lain selagi anda mempunyai sumber yang mencukupi di dalam kampung anda. Anda boleh memilih untuk menerima tawaran yang ada di pasar, membuat tawaran baru atau menghantar sumber ke kampung lain. Untuk menerima sumber dari pemain lain, anda tidak memerlukan pasar tetapi anda tidak boleh melihat penghantaran sumber terbabit tanpa Pasar.

Mesej

Melalui menu Mesej (lihat menu ikon diatas kampung anda dan pilih Mesej) anda boleh membaca, menulis dan jika anda mempunyai akaun PLUS, anda boleh menyimpan mesej penting di dalam arkib dan menguruskan Nota anda. Masukkan nama pemain diruangan penerima, subjek anda dan kandungan mesej anda dan klik "hantar" untuk menghantar mesej kepada pemain lain. Jika anda diberikan kuasa oleh pengasas persekutuan anda, anda boleh menghantar mesej kepada semua pemain dalam persekutuan anda dengan memasukkan [ally] dalam ruangan penerima (bukan [tag persekutuan anda]).


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak