Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Kawasan sekitar kampung anda boleh dilihat dengan menggunakan fungsi "Peta" yang disediakan melalui ikon menu yang terletak di atas kampung anda. Klik pada peta dan anda boleh melihat jiran sekeliling anda dan di dalam Travian, terdapat berbagai cara untuk berinteraksi dengan pemain lain sama ada dari segi perdagangan atau ketenteraan. Klik pada pada peta anda dan pilih salah satu kampung disekeliling anda dan terdapat 3 fungsi tersedia. Di sebelah kanan anda, anda boleh melihat keterangan mengenai pemain tersebut seperti pemilik kampung tersebut, persekutuan yang disertainya, populasi kampung terbabit dan sebagainya. Terdapat juga 5 maklumat terakhir berkenaan kampung terbabit dari segi serangan jika kampung terbabit pernah diserang / ditinjau oleh anda atau rakan persekutuan anda disertakan di sebelah kanan. Dengan menggunnakan penunjuk arah (anak panah) anda boleh melihat kawasan yang lebih jauh sekeliling anda. Terdapat 4 anak panah terletak di sudut kanan bawah peta anda yang mewakili 4 arah kompass (Timur, Utara, Selatan dan Barat) dan dengan klik pada salah satu anak panah terbabit anda akan dapati peta akan bergerak ke sebelah dalam 7 tapak dari peta sebelumnya. Anda juga boleh memasukkan koordinat untuk memudahkan anda mencari kampung rakan anda.
Persekutuan
Sebaik sahaja anda menyertai persekutuan, petak setiap kampung akan berubah warna mengikut kaitan diplomasi kampung tersebut dengan persekutuan anda: - Kuning: Ini kampung anda; - Biru tua: Ini kampung rakan-rakan persekutuan anda. - Hijau: Ini kampung pemain-pemain yang bersekutu dengan persekutuan anda (konfederasi). - Biru muda: Ini kampung dari persekutuan yang ada Pakatan Tak Aggresif (PTA) dengan persekutuan anda. - Hitam: Ini kampung pemain yang sedang berperang dengan persekutuan anda. - Merah: Kampung ini tiada diplomasi dengan persekutuan anda.
Peta Besar (Ciri-ciri Travian PLUS)
Peta Besar boleh dilihat jika anda mempunyai "Travian PLUS" dan terdapat 4 anak panah kecil berada di atas sudut sebelah kiri peta anda (Petunjuk: Benarkan popup pada paparan pelayar anda!). Peta Besar mempunyai fungsi yang sama seperti Peta Biasa tetapi memaparkan lebih banyak petak kawasan disekitar anda.
Struktur Peta Dunia Permainan
Keseluruhan peta permainan dibina oleh map.sql.
Peta Biasa boleh dilihat terus dari dalam dunia permainan anda.