Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Bangunan - Umum

Pada awal permainan, tumpuan anda seharusnya diberikan kepada peningkatan produksi sumber. Klik pada Keseluruhan Kampung dan klik satu tapak sumber dari 18 tapak sumber tersedia (Kayu, Tanah Liat, Besi dan Tanaman) untuk menaikkan tahap sumber anda.

Senarai bangunan yang boleh dibina boleh didapati apabila anda klik pada tapak kosong di dalam kampung anda.

Keseluruhan kampung

Sumber dihasilkan di Keseluruhan Kampung bergantung kepada jumlah tapak sumber di kampung tersebut. Setiap kampung akan mempunyai 18 tapak sumber yang boleh dibangunkan. Kebiasaannya, kampung pertama anda akan mempunyai 4 tapak untuk Kawasan Pembalakan, 4 tapak untuk Kuari Tanah Liat, 4 tapak untuk Lombong Bijih Besi dan 6 tapak untuk Ladang tetapi Lembah Terbiar di sekeliling kampung anda berkemungkinan mempunyai pembahagian tapak sumber yang berbeza.

Pada awal permainan, tapak sumber masih belum dibangunkan (berada pada tahap 0). Petak sumber pada tahap 0 menjana 2 produksi sumber setiap jam. Apabila anda mempunyai jumlah sumber yang mencukupi di dalam gudang dan jelapang anda, anda boleh meningkatkan tahap tapak sumber anda ke tahap yang lebih tinggi, dengan klik pada tapak sumber anda dan mesej sebegini akan dipaparkan:

Kos untuk meningkatkan ke tahap 1:

Di bawah mesej tersebut, terdapat pautan yang membenarkan anda meningkatkan tahap tapak sumber terbabit.

Anda boleh membatalkan arahan yang di berikan dengan klik pada tanda (Batalkan) di Keseluruhan Kampung, perlu diingat bahawa tidak semua jumlah sumber akan dikembalikan!

Pusat Kampung

Di dalam Pusat Kampung, anda akan dapat melihat beberapa tapak untuk membina bangunan. Hanya satu bangunan sahaja boleh dibina di setiap tapak tersebut. Anda boleh membina semua jenis bangunan di atas tapak terbabit kecuali Titik Perhimpunan dan Kubu (Tembok).

Hanya satu jenis bangunan sahaja boleh dibina di setiap kampung kecuali Gua, Gudang dan Jelapang. Anda boleh membina seberapa banyak Gua, Gudang dan Jelapang setelah anda menaikkan tahap bangunan terbabit ke tahap yang maksimum.

Setiap bangunan mempunyai fungsi yang berbeza sama ada dari segi politik, ekonomi atau ketenteraan. Sebagai tambahan, anda perlu memenuhi beberapa syarat penting sebelum sesebuah bangunan dapat dibina. Syarat - syarat penting tersebut dapat dilihat di halaman pembinaan bangunan atau anda boleh klik Arahan pada menu sebelah kiri anda.

Berhati - hati dengan tanda merah X (Cancel), Sumber anda tidak akan dikembalikan sepenuhnya apabila anda membatalkan pembinaan yang sedang berjalan!

Struktur Pembinaan

Struktur dan prasyarat pembinaan bangunan yang lengkap boleh dirujuk seperti gambarajah berikut.Klik pada gambarajah dibawah untuk melihat keseluruhannya. Pasar memerlukan Gudang pada tahap 1 dan Jelapang pada tahap 1 di T3!

Buildingtree



Bangunan

Bangunan dan Sumber adalah aspek terpenting permainan Travian. Ia membenarkan anda melatih askar - askar, menyimpan sumber anda, mendapatkan persekutuan dan meningkatkan produksi sumber.

Sumber
Anda boleh melihat keseluruhan tapak sumber anda di Keseluruhan Kampung. Jika diperhatikan, akan dapat melihat kadar produksi sumber anda dalam tempoh sejam, tentera anda yang tersedia di dalam kampung (jika ada), dan 4 jenis tapak sumber seperti berikut:

Jenis sumber
Imej Nota
Kayu lumber.gif Puak Teuton mempunyai askar yang menggunakan sumber kayu yang banyak dalam latihan. Kos pembinaan Residen juga memerlukan jumlah kayu yang banyak untuk dibina.
Tanah liat
clay.gif Tanah liat adalah keperluan utama Puak Gaul. Kos melatih askar Gaul memerlukan tanah liat yang banyak. Kampung yang sedang dalam pembangunan juga memerlukan lebih tanah liat
Besi iron.gif Besi merupakan keperluan utama bagi Puak Rom. Kos melatih askar dan membina Tembok Bandar amat memerlukan besi sebagai sumber utama.
Tanaman crop.gif Tanaman merupakan sumber paling penting untuk semua Puak dalam Travian. Bangunan memerlukan tanaman yang kurang ketika pembinaan tetapi anda masih tidak mempunyai kadar produksi tanaman yang cukup walaupun anda diberikan 6 tapak sumber untuk Ladang berbanding sumber lain. Ini kerana kadar senggaraan bangunan dan askar anda akan ditolak dari jumlah produksi Tanaman anda

Untuk meningkat tahap tapak sumber anda, klik pada gambar seperti di atas dan arahan "Tingkatkan ke tahap X". Jika arahan ini tidak aktif, sebab atau prasyarat yang tidak dipatuhi akan dipaparkan.

Cuba dapatkan produksi sumber yang sama pada setiap masa dan jumlah tanaman pada 50% dari jumlah sumber lain, seperti Contoh:
Kayu: 100/jam
Tanah Liat: 100/jam
Besi: 100/jam
Tanaman: 50/jam
Semestinya anda boleh memilih sumber mana perlu dilebihkan, ini hanyalah panduan umum buat anda.

Bangunan

Bangunan di dalam Travian membenarkan anda membina semua jenis bangunan kecuali lapangan sumber. Untuk membina bangunan, pergi ke Pusat Kampung dan klik pada tapak kosong yang tersedia (berbentuk bulatan kecil). Senarai jenis bangunan yang boleh dibina akan tersedia dan akan boleh memilih mana - mana bangunan untuk dibina. Terdapat bangunan yang hanya boleh dibina jika syarat pembinaan dipatuhi. Cuba lihat di help.travian.com berkenaan struktur pembinaan untuk menyemak syarat pembinaan yang diperlukan bagi setiap bangunan di Travian. Pembinaan bangunan penting adalah seperti senarai dibawah.

Simpanan - jelapang dan gudang

Jelapang dan Gudang merupakan tempat simpanan semua jenis sumber dalam Travian. Jelapang digunakan untuk menyimpan tanaman sahaja manakala Gudang digunakan untuk menyimpan Tanah Liat, Besi dan Kayu. Kedua - dua bangunan ini adalah keperluan utama sesebuah kampung dan merupakan prasyarat untuk membina pasar.

Bangunan utama
Bangunan Utama adalah merupakan bangunan penting dalam pembinaan bangunan lain di dunia Travian. Hampir kesemua bangunan memerlukan tahap Bangunan Utama tertentu sebelum dapat dibina dan dengan menaikkan tahap Bangunan Utama, proses pembinaan bangunan dan lapangan sumber dapat dipercepatkan. Bermula dari tahap 10 Bangunan Utama, fungsi meruntuhkan bangunan lain boleh dilakukan.

Bangunan ketenteraan - bengkel fabrikasi, berek, kandang kuda, bengkel jentera, rumah agam wira, gelanggang latihan, tembok bandar, pagar kubu dan tembok tanah
Bangunan Ketenteraan membenarkan anda melatih, meningkatkan perisai dan senjata serta mengarahkan tentera anda dari masa ke semasa. Bangunan Ketenteraan yang paling penting ialah titik perhimpunan dan berek. Cuba lihat di "Bangunan Ketenteraan - halaman utama. Di bawah ini disenaraikan bangunan - bangunan lain yang penting dalam bidang ketenteraan.

  • Tembok/kubu: Tembok bandar, pagar kubu dan tembok tanah melindungi kampung anda dari serangan dan memberikan bonus pertahanan 3%, 2.5% dan 2% untuk setiap tahap.
  • Peningkatan: Bengkel fabrikasi meningkatkan tahap pertahanan dan serangan askar anda..
  • Penyelidikan: Di akademi anda boleh menyelidik jenis askar yang baru dengan syarat anda memenuhi prasyarat yang ditetapkan.
  • Latihan: Di berekkandang kuda dan bengkel jentera anda boleh melatih tentera penyerang atau pertahanan.
  • Wira dan oasis: Jika anda perhatikan pada peta anda, terdapat beberapa lembah terbiar yang didiami oleh haiwan buas (Askar Alam). Anda boleh menakluki oasis dengan wira untuk mendapatkan produksi sumber tambahan. Wira boleh dilatih di Rumah agam wira
  • Kepantasan: Apabila anda melakukan serangan yang jauh, anda akan dapati tentera anda bergerak perlahan dan mengambil masa yang lama untuk tiba. Anda memerlukan Gelanggang latihan, untuk melatih tentera anda dari segi stamina dan kecepatan berjalan. Askar anda boleh bergerak lebih pantas merentasi Dunia Travian selepas melewati 30 tapak perjalanan. 

Industri sokongan - kilang kayu, kilang bata, kilang besi, pengisar bijian dan kedai roti.
Industri sokongan  memberikan anda bonus produksi sumber mengikut jenisnya. Setiap sumber mempunyai Industri sokongan dan tanaman mempunyai tambahan dengan adanya Kedai Roti.

  • Kayu: Kilang kayu memproses kayu yang ditebang menjadi kayu yang lebih berkualiti dan meningkatkan jumlah produksi kayu dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Kawasan Pembalakan anda di tahap 10.
  • Tanah liat: Kilang bata memproses tanah liat menjadi batu bata dan meningkatkan jumlah produksi Tanah Liat dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Kuari Tanah Liat anda di tahap 10.
  • Besi: Kilang besi menjadikan pengeluaran besi anda kepada blok - blok besi yang kuat dan meningkatkan jumlah produksi besi dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Lombong Bijih Besi anda di tahap 10.
  • Tanaman: Pengisar bijian memproses hasil tanaman anda menjadi tepung yang terbaik untuk kegunaan penduduk anda dan meningkatkan jumlah produksi tanaman dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Ladang anda di tahap 5. Sekiranya anda mempunyai Ladang pada tahap 10 dan Pengisar Bijian pada tahap 5, anda boleh membina kedai roti yang akan menambahkan 25% lagi kepada jumlah produksi sedia ada.

Perluasan - istana dan residen
Apabila kampung pertama anda semakin pesat membangun dan anda kekurangan tapak untuk membina bangunan baru, anda memerlukan kampung baru untuk membantu anda.Ini dapat dilakukan dengan melatih Peneroka. Peneroka boleh dilatih apabila anda memiliki istana tahap 10, 15 dan 20 atau residen tahap 10 dan 20.

Perdagangan - pasar dan pejabat dagangan
Anda akan sering mengalami masalah sumber di gudang atau jelapang ketika hendak melakukan sesuatu. Untuk menyelesaikan masalah sebegini, anda boleh berdagang dengan pemain lain di pasar. Apabila jumlah dagangan yang perlu dibawa semakin besar, anda memerlukan pejabat dagangan

Building IDs

ID Bangunan (gid)

gid

Bangunan

 

gid

Bangunan

 

gid

Bangunan

1

Kawasan pembalakan

 

17

Pasar


32

Tembok tanah

2

Kuari tanah liat

 

18

Kedutaan

 

33

Pagar kubu

3

Lombong bijih besi

 

19

Berek

 

34

Bengkel Batu

4

Ladang

 

20

Kandang kuda

 

35

Kilang bir

5

Kilang kayu

 

21

Bengkel Jentera

 

36

Pemerangkap

6

Kilang bata

 

22

Akademi

 

37

Rumah agam wira

7

Kilang besi

 

23

Gua

 

38

Gudang besar

8

Pengisar bijian

 

24

Dewan perbandaran

 

39

Jelapang besar

9

Kedai roti

 

25

Residen

 

40

Keajaiban Dunia

10

Gudang

 

26

Istana

 

41

Palung kuda

11

Jelapang

 

27

Perbendaharaan

 

42

Tembok Batu

13

Bengkel fabrikasi

 

28

Pejabat dagangan

 

43

Tembok Sementara

14

Gelanggang latihan

 

29

Berek besar

 

44

Pusat Arahan

15

Bangunan utama

 

30

Kandang kuda besar

 

45

Waterworks

16

Titik perhimpunan


31

Tembok bandar


 

 


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak