Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Api dan Pasir - Gabungkan Askar

Menggabungkan askar

Menggabungkan askar adalah satu ciri-ciri yang disediakan di dalam acara istimewa Api dan Pasir sejak 2017. Ia membenarkan anda menggabungkan askar daripada kampung yang berlainan menjadi satu tentera yang besar, tetapi ia mempunyai kos sumber atau Emas. Tentera yang disatukan kemudiannya berfungsi seolah-olah mereka dilatih di kampung halaman mereka yang baru; termasuklah kenaikan taraf di Bengkel Fabrikasi

Cara menggabungkan askar

Anda perlu melakukan yang berikut:

  • Hantar askar yang ingin anda satukan ke kampung yang akan menjadi kampung halaman mereka yang baru.
  • Selepas itu, buka Titik Perhimpunan di kampung sasaran.
  • Di dalam tab gambaran keseluruhan, cari askar yang ingin anda hantar.
  • Klik pautan "satukan dengan kampung ini".
  • Pada skrin yang seterusnya, pilih jumlah askar yang ingin anda satukan. Ini akan mempengaruhi kos penyatuan.
  • Selesaikan dengan membayar dengan sumber (anda boleh menggunakan pedagang NPC jika perlu) atau dengan Emas.
Pengehadan penggabungan askar
  • Tentera hanya boleh disatukan di bawah seorang pemilik.
  • Penduduk, pentadbir, senjata kepungan atau wira tidak boleh disatukan (wira boleh dipindahkan ke kampung lain).
  • Tiada pengehadan berkaitan dengan penyelidikan Akademi. Anda boleh menyatukan sesuatu unit ke dalam sesuatu kampung walaupun ianya tidak diselidik di dalam kampung tersebut.
Kos penggabungan askar

Kos penggabungan bergantung pada askar yang disatukan. Kosnya adalah dua kali ganda kos merekrut askar tersebut. Anda boleh juga menggunakan Emas; kosnya dikira dengan membahagikan kos sumber dengan 40,000 dan membundarkan hasilnya.

Contoh: Anda ingin menyatukan 1,000 Askar Belantan. Kos 1 unit 95 75 40 40 untuk direkrut. Semua sekali, kosnya adalah 250 sumber. Jumlah kos penyatuan adalah 250 x 1,000 x 2 = 500,000 ( 190,000, 150,000, 80,000, 80,000). Anda boleh juga membayar dengan Emas, dengan kos: 500,000 / 40,000 = 13 Emas.

Sekatan

Kegunaan Emas untuk menggabungkan pasukan terhad kepada 50 emas per kampung sehari.

Penggabungan askar dengan sumber-sumber tetap tidak terbatas. Had emas diset semula setiap hari pada masa yang sama dengan penetapan semula tugasan harian.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak