Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Tugas 15

Nama Tugasan:  Lelong

Penerangan:  Kawasan Lelong adalah tempat dimana anda boleh membeli dan menjual item yang diperolehi wira ketika pengembaraan. Untuk membeli barangan lelongan anda perlu mempunyai perak dan terdapat beberapa cara untuk mendapatkannya. Kadangkala anda boleh mendapat perak dari pengembaraan atau menyiapkan tugasan lain. Anda juga boleh menjual item anda di lelongan untuk mendapatkan perak. Akhir sekali, anda juga boleh menukarkan emas ke perak di bahagian Pertukaran.

Bagaimana untuk melakukan tugasan ini: Pejabat pertukaran perak / emas kini berada di halaman lelong. Ianya hanya akan muncul selepas anda menyiapkan 10 pengembaraan. Klik pada Penukul Lelongan dibawah gambar Wira anda untuk terus pergi ke halaman lelongan. Anda juga boleh meng'klik pada gambar Wira dan pilih tab Lelong. Untuk membida pada sesebuah item klik pada butang "Bida" yang terdapat pada tiap-tiap item. Masukkan bidaan anda dan tunggu sehingga lelongan tamat. Untuk menjual sesuatu sila klik pada tab “Jual” dan pilih satu dari item anda. Untuk tugasan ini anda mungkin mahu memilih krim ubat atau pembalut luka dan cuma perlu meletakkan beberapa sahaja untuk dijual. Selepas anda melakukan perkara itu tugasan ini akan selesai dan anda boleh membatalkan jualan.

Lebih maklumat mengenai lelongan boleh diketahui disini.

Ganjaran: lumber 280 clay 120  iron 220 getreide.gif 110


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak