Jawapan paling banyak diminta
Tambahan Terbaru
Travian Answers
Mulakan dengan soalan anda
Cari dengan menjawab soalan
Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Event Jam (kesesakan acara)
Apa kesesakan acara?
Sekiranya anda membaca ini, kemungkinan besar anda mengalami kesesakan acara dalam permainan. Ini adalah apa yang berlaku apabila anda melihat waktu undur dalam permainan menunjukkan sebagai 0: 00: 0 ?. Kesesakan Acara adalah masalah teknikal yang berlaku apabila pelayan kami tidak dapat memproses semua yang terjadi dalam permainan dengan cepat.
Ini boleh menjejaskan apa-apa acara yang berlaku selepas waktu undur, misalnya, pertempuran atau pembinaan. Ia juga boleh menyebabkan membuka halaman permainan menjadi perlahan atau mengakibatkan gangguan berkaitan dengan permainan.
Semasa kesesakan acara, urutan tindakan umum disimpan dan diproses satu persatu dengan beberapa kelewatan. Ia memberi kesan kepada semua pemain di dunia permainan.
Berapa lama ia akan bertahan?
Selalunya, kesesakan acara diselesaikan dengan cepat, dan semuanya berjalan lancar sekali lagi. Dalam beberapa keadaan, ia boleh mengambil masa yang lebih lama. Kami memantau dunia permainan kami secara berterusan dan mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat. Ia tidak semestinya satu tugas yang mudah, terutamanya pada pelayan yang mempunyai ramai pemain aktif.
Apa yang boleh saya lakukan?
Kesesakan acara adalah masalah di sisi pelayan, jadi anda tidak dapat memperbaikinya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan beban pada pelayan:
- Cubalah untuk berhenti menyegarkan (refresh) halaman permainan semasa kesesakan setiap penyegaran adalah beban tambahan pada pelayan.
- Jika boleh berhenti dari membuat apa-apa tindakan, ini kerana apabila anda cuba menghantar askar atau membina bangunan, mereka akan terperangkap seperti peristiwa sebelumnya.
- Jangan membatalkan sebarang acara anda yang sedang berjalan seperti pembinaan; bukan sahaja menambah beban di pelayan, tetapi anda akan kehilangan sumber yang dibelanjakan untuk peningkatan.
- Jika anda perasan, kesesakan acara berkali-kali berlaku sekitar jam penuh (iaitu, 8:00, 9:00, 10:00), mungkin banyak pemain di server menetapkan laluan perdagangan mereka untuk dijalankan pada masa itu. Sebaiknya pilih waktu yang tidak rata untuk laluan perdagangan, seperti 8:07, 9:23, 10:56, kerana beban pada pelayan akan tersebar lebih sekata.
Sekiranya keadaan tidak bertambah baik dari masa ke masa, anda juga boleh memeriksa forum kami untuk pengumuman mengenai isu-isu tersebut. Sekiranya tidak ada maklumat mengenai topik ini, pertimbangkan untuk menghubungi Pasukan Perkhidmatan Pelanggankami dan beritahu kami tentang isu yang berlaku. Terima kasih kerana mengikuti panduan ini dan kesabaran anda semasa kami memperbaiki isu ini.