Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Pandangan keseluruhan pusat kampung

Fungsi ini membolehkan anda melihat keseluruhan kampung anda. Jika anda memiliki lebih dari 1 kampung, klik "kampung" pada sebelah kiri halaman untuk menggunakan fungsi ini. Jika anda hanya memiliki 1 kampung, anda perlu tambahkan dorf3.php pada URL pelayar anda (contoh: http://s1.travian.com.my/dorf3.php)

central_overview1.png

Pada menu "Keseluruhan" (Overview), kolum "Serangan" (Attacks) menunjukkan pergerakan askar anda (menyerang, diserang dll). Jika anda bawa tetikus kepada simbol yang ditunjukkan, anda boleh lihat jumlah pergerakan askar anda. Kolum "Bangunan" (Building) pula menunjukkan jumlah pembinaan yang sedang berjalan ataupun yang sedang menunggu giliran pembinaan. "Askar" (Troops) menunjukkan askar yang sedang dilatih.

Jika anda klik menu " Sumber" (Resources), jadual baru akan dipaparkan seperti di bawah.


central_overview2.png

Jadual ini membolehkan anda melihat jumlah sumber yang anda ada bagi semua kampung. Kolum "Pedagang" (Merchants) pada bahagian hujung. Nombor pertama menunjukkan jumlah pedagang yang sedang dalam perjalanan dan nombor kedua merujuk kepada jumlah pedagang yang anda ada. 

Kemudian, menu "Gudang" (Warehouse) menunjukkan maklumat berikut:


central_overview3.png

Menu "Mata budaya" (CP) menunjukkan jumlah mata budaya yang dihasilkan, perayaan yang sedang berjalan dan jumlah pentadbir/peneroka yang anda anda.

central_overview4.png

Akhir sekali menu "Askar" (Troops) yang akan menunjukkan anda maklumat umum berkaitan askar-askar anda.

central_overview5.png

Tekan "Askar dalam kampung" (Troops in Villages) untuk mendapatkan maklumat penggunaan tanaman

central_overview6.png


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak