Jawapan paling banyak diminta
Tambahan Terbaru
Travian Answers
Mulakan dengan soalan anda
Cari dengan menjawab soalan
Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Bangunan - Keajaiban Dunia
Apakah Keajaiban Dunia (WW)?
Keajaiban Dunia sehebat namanya. "Bangunan" ini perlu disiapkan (tahap 100) untuk memenangi peperangan di dunia Travian. Setiap tahap Keajaiban Dunia memerlukan ratusan ribu (malahan berjuta) sumber untuk disiapkan. Sila rujuk dibawah untuk jumlah tepat masa pembinaan dan kos. Seperti yang dilihat, seorang pemain tidak akan mampu membina Keajaiban Dunia berseorangan. Malahan, adalah jarang sekali satu persekutuan mampu menyiapkan pembinaan Keajaiban Dunia. Sumber mungkin mampu ditampung, tetapi pembina Keajaiban Dunia memerlukan pertahanan yang kuat bagi menangkis serangan musuh.
Kampung Keajaiban Dunia
Di T4, Natar hadir dalam permainan dari awal lagi. Mereka pada asalnya akan menduduki 8 buah kampung di luar kawasan kelabu (dengan 50% lebih banyak pasukan bertahan di dalamnya) dan 6 kampung di kawasan kelabu di tengah peta, tetapi mereka dapat memperluas empayar mereka. Untuk maklumat, terdapat kemungkinan kampung-kampung pemain yang terpadam diubah menjadi kampung Natar, sehingga mereka juga boleh mendiami wilayah-wilayah di luar kawasan kelabu. Walau bagaimanapun, dari semua kampung-kampung ini, hanya 14 kampung Keajaiban Dunia. Selain dari ibukota Natar (yang akan sentiasa berada pada koordinat 0 0), mana-mana kampung Keajaiban Dunia boleh ditakluki dan kemudiannya digunakan untuk membina Keajaiban Dunia.
Maklumat tambahan Kampung WW.
Tiada satu pun dari 13 kampung Natar memiliki tembok atau residen/istana. Ini sangat penting jika anda mahu menjajah kampung tersebut. Pemain akan kerugian masa dan sumber jika tarbil dihantar untuk menghancurkan residen/istana.
Emas tidak boleh digunakan pada kampung ini. Tiada NPC dan tiada siap serta merta. Walau bagaimanapun anda boleh mengatur pembinaan untuk 2 tahap Keajaiban Dunia. Ini SANGAT penting pada penghujung permainan. Jika tarbil mensasarkan Gudang Besar apabila Keajaiban Dunia telah berada di tahap 98, ia tidak akan menjejaskan apa apa kerana pembinaan bagi tahap 99 dan 100 telah diaturkan.
Keajaiban Dunia juga boleh dinamakan semula selepas ia mencapai tahap 1. Nama Keajaiban Dunia pemain tidak lagi boleh dtukar setelah mencapai tahap 11. Ada beberapa Keajaiban Dunia dengan nama-nama epik dan beberapa yang lain dengan nama yang buruk, jadi pilih dengan bijak
Masa pembinaan di kampung Keajaiban Dunia adalah separuh dari kampung biasa dan kampung ini tidak memberikan apa-apa mata budaya.
Selepas pelan pembinaan muncul dalam permainan, unit-unit di kampung Keajaiban Dunia akan memakan hanya 50% tanaman .
Kampung Pelan Natar (Oasis Natar)
Kampung-kampung pelan Natar, yang juga dikenali sebagai Oasis Natar, adalah kampung-kampung yang menempatkan Pelan Pembinaan Keajaiban Dunia. Kampung-kampung ini (mereka adalah kampung dan bukannya oasis) muncul pada masa yang telah ditetapkan selepas permulaan pelayan.
Pelan pembinaan muncul di sekitar kawasan koordinat dibawah:
Map section |
Coordinates |
North West |
(-18|30) (-35|4) (-45|37) |
South West |
(-26|-25) (-10|-57) (-55| -20) |
North East |
(33|12) (12|33) (10|56) (55|20) |
South East |
(30|-20) (4|-35) (44|-37) |
* Nota * Jika koordinat sudah diambil, pelan akan muncul di lokasi tersedia yang terdekat dengan koordinat asal, Pelan lain yang menjadi cermin juga akan bergerak dengan jumlah yang sama bidang
Untuk Contoh: Jika Pelan NW -35 | 4 disekat dengan kampung ia mungkin bergerak ke -35 | 6 dan pelan bertentangan SE 4 | -35 juga akan bergerak ke 6 | -35 untuk dipadankan
Ada kemungkinan pelan mungkin perlu memindahkan jarak jauh dari posisi yang ditunjukkan terutama pada pelayan yang lebih besar atau lebih aktif.
Anda boleh mengambil alih pelan pembinaan dengan cara yang sama anda mengambil alih artifak dari Natars atau kemudiannya dari pemain lain.
Pengumuman akan dibuat kepada seluruh pelayan semasa log masuk bahawa pelan Natar telah dimunculkan pada pelayan.
Mengapa pelan pembinaan WW penting?
Pelan WW sangat penting. Untuk memulakan pembinaan WW di kampung WW, pemain yang memiliki kampung WW mesti terlebih dahulu mempunyai pelan pembinaan WW. Satu pelan pembinaan akan membolehkan pemilik sebuah kampung WW untuk membina WW sepanjang jalan dari tahap 0 hingga tahap 49. Walau bagaimanapun, bagi pemain untuk membina WW melepasi tahap 49 hingga tahap 100, mana-mana pemain lain di dalam persekutuan pemegang WW MESTI mempunyai pelan WW kedua.
Ia tidak akan berfungsi selepas tahap 49 jika hanya pembina mempunyai dua pelan, mereka dikira sebagai satu pelan kerana mereka dari akaun yang sama.
Pelan itu perlu menjadi pelan pembinaan yang aktif, yang tidak aktif tidak akan berfungsi.
Bagaimana hendak mendapatkan pelan WW dari Natar atau pemain yang memilikinya?
Berikut adalah panduan bagi pemain yang hendak mencuri pelan Keajaiban Dunia sama ada dari Natar mahupun pemain lain:
- 1. Pemain yang hendak mengambil pelan tersebut MESTI memiliki Perbendaharaan sekurang kurangnya tahap 10 dari kampung yang menyerang.
- 2. Perbendaharaan kampung yang sedang memegang pelan Keajaiban Dunia mesti dimusnahkan sepenuhnya.
- 3. Wira yang dihantar mesti terselamat dalam serangan selepas Perbendaharaan dimusnahkan, ini kerana hanya wira yang boleh membawa pulang pelan Keajaiban Dunia.
Ini boleh dilakukan pada masa yang sama atau bila bila masa. Seorang pemain membunuh semua askar, pemain kedua memusnahkan Perbendaharaan dan pemain ketiga menghantar askar dari kampung yang memiliki Perbendaharaan tahap 10 untuk mendapatkan pelan. Atau, seorang pemain melakukan semuanya.
Pelayan akan berakhir apabila salah satu situasi ini berlaku, tidak kira yang mana dahulu
- Pemain membina Keajaiban Dunia tahap 100.
- Puak Natar, yang akan memulakan pembinaan Keajaiban Dunia pada hari yang telah ditetapkan ketika pelayan bermula, membina Keajaiban Dunia mereka ke tahap 100. Selepas mencapai tahap 75, semua pejuang Natar diperlukan, jadi tidak akan ada serangan kepada Keajaiban Dunia lain yang sedang bersaing milik pemain yang lain.
Ciri ciri pada tahap tertentu bangunan (cth: kos pembinaan atau mata budaya yang dihasilkan) boleh ditemui disini.
Bagi jadual tempoh pembinaan, klik disini untuk pelayan berkelajuan 1x speed, disini untuk pelayan berkelajuan 2x speed dan disini untuk pelayan berkelajuan 3x speed.