Jawapan paling banyak diminta
Tambahan Terbaru
Travian Answers
Mulakan dengan soalan anda
Cari dengan menjawab soalan
Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Kesan Artifak
Artefak adalah barang yang kuat yang dibuat oleh suku Natars kuno dan mereka memberikan kuasa yang besar kepada siapa saja yang memilikinya.
Artefak boleh dibahagikan dengan skop mereka: skop desa (mempengaruhi kampung tempat mereka berada) dan skop akaun (mempengaruhi keseluruhan akaun).
Terdapat banyak jenis artifak, yang dijelaskan lebih terperinci kemudian di artikel ini. Kebanyakan kes terdapat kecil (skop desa), besar (skop akaun) dan skop akaun-skop yang unik dari jenis yang sama.
Pada pelayan biasa artifak muncul di peringkat pertengahan permainan dan mereka pada mulanya diletakkan di kampung khas.
Terdapat dua cara untuk mendapatkan artifak:
- Anda boleh menangkap mereka dengan wira anda. Had pengambilan artefak telah dibatalkan dan wira boleh mengambil artifak tanpa sekatan. Anda boleh menangkap jumlah artifak yang tidak terhad.
- Anda boleh menakluki kampung yang memegang artifak itu.
Sekalipun anda memiliki artefak yang banyak, hanya maksimum 3 yang aktif di mana hanya 1 skop akaun boleh aktif. Sekiranya terdapat 2 artefak skop akaun di dalam 3 artifak tertua anda, artifak skop kampung akan menjadi aktif. Jika pemain mempunyai tiga skop artifak kampung dan menawan keempat, yang merupakan skop akaun, artifak skop kampung yang ketiga (paling terkini) akan dinyahaktifkan, dan kemudian artifak keempat akan aktif selepas waktu pengiraan.
Kesan artifak kecil (skop kampung) sentiasa lebih utama dari (mendominasi) kesan artifak besar (skop akaun).
Pada pelayan Hari Lahir Khas (seperti Path To Pandora), tiada artifak, tetapi wilayah memegang kuasa purba dengan kesan yang sama. Klik pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai wilayah dan kuasa mereka.
Rahsia Arkitek
Artifak ini memberi kampung anda perlindungan terhadap tarbil dan kereta pelantak. Ia membuatkan bangunan dan tembok lebih kukuh.
- Kecil – 4 kali lebih kukuh
- Besar – 3 kali lebih kukuh
- Unik – 5 kali lebih kukuh
But Berkuasa
Artifak ini menjadikan askar anda lebih pantas.
- Kecil – 2 kali lebih pantas
- Besar – 1.5 kali lebih pantas
- Unik – 3 kali lebih pantas
Mata Helang
Artifak ini menjadikan peninjau anda lebih kuat dari biasa. Semua tinjauan di kampung dan peninjau yang dihantar menerima kesan artifak ini. Sebagai tambahan anda boleh melihat jenis askar yang menyerang anda di titik perhimpunan, jenis askar dan bukannya jumlah.
- Kecil – 5 kali lebih kuat
- Besar – 3 kali lebih kuat
- Unik – 10 kali lebih kuat
Kawalan Diet
Artifak ini mengurangkan penggunaan tanaman oleh askar anda dan askar bantuan
- Kecil – pengurangan penggunaan tanam sebanyak 50%
- Besar – pengurangan penggunaan tanam sebanyak 25%
- Unik – pengurangan penggunaan tanam sebanyak 50%
Pelatih Berbakat
The troops are trained faster.
- Kecil – pengurangan masa latihan sebanyak 50%
- Besar – pengurangan masa latihan sebanyak 25%
- Unik – pengurangan masa latihan sebanyak 50%
Penyimpan Utama
Artifak ini membolehkan anda membina gudang besar or jelapang besar
Pengeliru Musuh
Artifak ini meningkatkan kapasiti gua anda
Kesan tambahan: Tarbil hanya boleh menembak secara rawak bagi kampung yang berada dalam kekuatan artifak ini. Pengecualian bagi artifak kecil dan besar adalah untuk WW dan Perbendaharaan. Pengecualian bagi artifak unik adalah untuk WW sahaja.
- Kecil – Kapasiti Gua meningkat sebanyak 200%. Perbendaharaan boleh disasarkan
- Besar – Kapasiti Gua meningkat sebanyak 100%. Perbendaharaan boleh disasarkan
- Unik – Kapasiti Gua meningkat sebanyak 500%.
Artifak Durjana
Artifak ini memberi kesan yang berlainan setiap 24 jam dan boleh memiliki kesan sama dengan mana mana artifak. Ia juga boleh berubah dari artifak kecil (kampung) kepada artifak besar (akaun) dan begitu juga sebaliknya.
Artifak kecil/besar bagi jenis ini boleh memberi kesan negatif, contohnya: askar boleh menjadi lebih perlahan atau menggunakan lebih tanaman untuk penyelenggaraan. Artifak unik bagi jenis ini hanya memberi kesan positif.
- Kecil/besar – Kesan negatif turut wujud.
- Unik – Kesan positif sahaja.