Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Maklumat umum

Dalam sesetengah dunia permainan Travian, terdapat beberapa artifak yang akan muncul dan memberikan bonus-bonus tertentu kepada pemiliknya. Tiada lagi apa yang dipanggil sebagai artifak yang memberikan bonus kepada persekutuan secara khusus! dan sebagai tambahan, bonus yang datang dari artifak yang sama tidak lagi memberikan kesan tambahan contoh: 2 artifak tanaman tidak lagi memberikan kesan kepada senggaraan makanan sebanyak 1/4 dari produksi semasa, tetapi hanya 1/2 sahaja.

Terdapat 3 jenis artifak iaitu artifak kecil (kesan pada kampung), artifak besar (kesan pada akaun) dan artifak unik (bonus lebih tinggi). Setiap pemain hanya boleh memiliki 1 artifak unik/besar. Pemain juga hanya boleh memiliki 3 artifak pada masa yang sama.
Jika pemain berjaya mendapat lebih dari 1 artifak unik/besar ATAU mendapat lebih dari 3 artifak hasil dari menjajah kampung yang telah ada artifak, hanya 3 artifak terawal yang akan berfungsi. Kesan artifak kecil (skop kampung) sentiasa lebih mendominasi kesan artifak besar (skop akaun).


Untuk memiliki atau mencuri artifak yang diperlukan, anda perlu memusnahkan bangunan perbendaharaan yang menyimpan artifak terbabit dan kemudian melancarkan serangan normal dari kampung anda yang mempunyai bangunan perbendaharaan. Dalam versi Travian T3, Wira mesti menyertai serangan tersebut dan terselamat untuk menjajah pelan pembinaan kuno atau artifak. Anda perlukan perbendaharaan tahap 10 untuk menyimpan artifak kecil dan tahap 20 untuk artifak besar. Artifak akan hanya aktif selepas 24 jam.


Nota: Jika selepas sebulan, artifak masih tidak diambil dari kampung Natar, artifak tersebut akan aktif dan akaun/kampung Natar tersebut akan menerima kesan artifak.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak